my fashion, my business

Nampak macam pelik kan, apa jenis fashion yang boleh jadikan ia business anda.Cik da pun baru je join 3bulan yang lepas, gara-gara berkenan dengan design bag yang di paparkan.Jadi Cik da pun terus daftar. Lagipun bukan mahal sgt pun RM15 seumur hidup. Cik da ni jenis rambang mata,semua barang tengok terus berkenanan tapi akhirnya tak tahu nak pilih yang mana satu. Kesimpulannya memang Cik da beli.

Cik da terus tansfer duit Cik da pada upline ni, tak kenal pun tapi disebabkan ia dapat memberikan hasil sampingan, Cik da halalkan saje.Inilah yang Cik da dapat selepas 3 hari daftar secara online.

Tambah kapsyen
Hanya RM15.00 Cik da dapat semua ini :

Kandungan Kit Permulaan (Starter Kit) - untuk semua ahli yang berdaftar.

1) beg meganta / file
2) surat aluan
3) kad keahlian
4) buku panduan ahli
5) panduan segera penyelesaian SOPHIE
6) borang permohonan keahlian
7) katalog terkini
8) borang pesanan ahli
9) borang pesanan pelanggan
10) perjanjian pesanan pelanggan
11) kad jemputan ke acara SOPHIE
12) Terbitan berkala SOPHIE
13) item premium SOPHIE 


Selepas Cik da jadi member Sophie paris ni, setiap barangan Cik da beli akan dapat diskaun 20%. Best tak?
Contoh harga bag yang Cik da minat berharga RM100.00 tapi da jadi member Sophie paris ni, Cik da hanya perlu bayar RM80.00 sahaja. Bakinya Cik Da masuk tabung. Hehehhee
Ini tak termasuk bonus pada setiap barangan yang Cik da beli tau. Bonus nanti Cik da check online.
Sekaligus Cik da sudah ada bisnes sampingan.
KORANG ADA????

QUILLAN WALLET

nice kan




IPhone 5 pilihan bagi peminat Apple

Maxis Bhd, penyedia perkhidmatan telekomunikasi pertama yang membawa masuk iPhone ke Malaysia, melancarkan model terbaru telefon pintar keluaran Apple itu, iPhone 5 dengan pelan serendah RM50 sebulan.
Menerusi iPhone 5, pelanggan Maxis boleh menggunakan rangkaian 2G dan 3G serta kemudahan LTE 4G yang bakal diperkenalkan tidak lama lagi.
Pelanggan syarikat telekomunikasi itu boleh mendapatkan telefon pintar berkenaan di semua Pusat Maxis dan Rakan Eksklusif Maxis bermula hari ini.
Ketua Pegawai Operasi Bersama Maxis, Suren J Amarasekera, berkata syarikat itu sekali lagi berbangga membawa masuk iPhone terbaru ke Malaysia.
"Ia mencerminkan kepimpinan berterusan Maxis dalam kerjasamanya dengan Apple untuk membawa masuk peralatan terkenal itu dengan pelan bernilai tinggi kepada pelanggan," katanya pada pelancaran iPhone 5 oleh Maxis di Kuala Lumpur, semalam.
Pelancaran iPhone5 oleh Maxis itu bermula jam 12 tengah malam tadi di pusat beli belah Capsquare Mall.
Seperti pelancaran iPhone sebelumnya, ia dihadiri peminat Apple dari seluruh negara yang mahu menjadi antara kumpulan pertama mendapatkan peralatan popular itu.
Nipis dan ringan
Model telefon pintar paling nipis dan ringan pernah dihasilkan itu direka bentuk semula sepenuhnya untuk menampilkan paparan Retina sepanjang empat inci.
Ia dilengkapkan dengan cip A6 Apple untuk prestasi lebih pantas dengan jangka hayat bateri dipertingkatkan.
Peralatan itu dilengkapi iOS6, sistem operasi mudah alih tercanggih dengan 200 ciri-ciri baru seperti Shared Photo Streams dan Facebook Integration.
Suren berkata, iPhone 5 bukan saja didatangkan dengan beberapa ciri baru, malah Maxis juga menawarkan pelan iValue direka bentuk semula untuk memberikan nilai kepada pelanggan.

Anak lelaki dari Kris Dayanti


Jakarta - Kris Dayanti selamat melahirkan seorang bayi lelaki yang telah diberikan nama Kellen Alexander Lemos pada tarikh istimewa 12.12.12

Kris Dayanti lagi, dia berasa teruja menanti kelahiran anak lelaki mereka ini kerana anak lelakinya itu bakal menjadi penerus keluarga Lemos.

Kris Dayanti memberitahu bahawa suaminya sedikit tenang menanti kelahiran bayi kedua mereka selepas melalui pengalaman ketika kelahiran anak pertama.

Sebaik sahaja isterinya itu selamat melahirkan, Raul melompat kegirangan kerana tidak dapat menahan keterujaan menerima anak kedua bersama Kris.


Hajat MALAYSIA tidak kesampaian



Friday, 14 December 2012 05:37

Bangkok - Hajat Malaysia ke perlawanan akhir Piala AFF Suzuki 2012 tidak kesampaian selepas mereka kalah 2 - 0 kepada Thailand pada separuh akhir kedua di Stadium Supachalasai semalam dan Thailand menang secara agregat 3 - 1.



Dalam pada itu, Perdana Menteri  berkata pemain bola sepak negara telah berusaha bersungguh-sungguh dalam perlawanan menentang Thailand.

"Tengok 'Harimau Malaya' di rumah. Walaupun tewas, pasukan kita telah bersungguh-sungguh untuk mengharungi apa jua rintangan," kata Perdana Menteri dalam tweet terbarunya di sini

Penyerang berbisa Thailand, Teerasil Dangda membuka tirai jaringan pada minit ke-60 setelah beliau memanfaatkan hantaran rakan sepasukan sebelum melepaskan rembatan untuk menewaskan penjaga gol skuad kebangsaan, Mohd Farizal Marlias.

Lima minit kemudian, pemain pertahanan Theerathon Butmathan menjaringkan gol kedua untuk skuad 'Changsuk' (Gajah Perang) itu.

Keputusan tersebut menyaksikan pasukan Thailand yang muncul juara pada 1996, 2000 dan 2002 layak ke perlawanan akhir buat kali kelima.

Tertipu dek Yahudi


Kebijaksanaan Yahudi Menipu Kita!...

Bijak sungguh yahudi memperdayakan kita umat Islam, mereka suruh kita minum susu lembu buatan mereka, tapi mereka minum susu kambing, mereka minum apa yang diminum oleh Nabi kita Muhammad SAW. Mengapa kita tidak ikut nabi kita, kita ikut orang yahudi tapi ternyata mereka mengikut apa yg nabi kita makan dan minum.

Teruskan membongkar kebijaksanaan yahudi menipu umat Islam... Kata-katanya ini adalah bertepatan dengan hadis Rasullulah: "Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu.. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutnya dalam perkara-perkara kecil"

Antara 'barangan mereka' yang telah dijadikan ikutan oleh kebanyakan dari kita.

1. Kita diajar dalam buku biologi, buku pemakanan (kajian dan terbitan para kafir ni) bahawa kalau nak dapat vitamin B dan kalau nak tambah darah kita kena makan hati haiwan dan hati ayam tetapi sebenarnya Nabi kita tidak menggalakkan pemakanan organ dalaman. Nak ikut kafir ke nak ikut nabi kita? Sebenarnya makan hati ayam dapat melembabkan otak kita sbb hati merupakan organ dimana semua toksin akan dikumpulkan dan dineutralkan. so kepekatan toksin adalah tinggi di hati ayam. makanlah kita toksin tersebut serta bengaplah otak kita umat Islam sebab percaya buku sains keluaran kafir ini.

2. Kita diajar dalam sains bahawa kopi tidak bagus untuk kesihatan. Namun sebenarnya kopi adalah antara minuman kegemaran Nabi kita selain susu dan madu. Cuba tengok Yahudi, mereka minum kopi, Starbuck. Profesor di UK yang Yahudi semua ada segelas kopi dit tangan mereka.

3. Kita diajar memakan kambing tinggi kolesterol, namun kambing juga adalah makanan Nabi kita. Seolah-olah buku sains ni nak merendahkan pemakanan Nabi kita. Sebenarnya daging kambing adalah daging paling kurang kolesterol.

4. Kita diajar bahawa makan McDonalds adalah bagus, namun sebenarnya McDonalds adalah makanan yang sangat tinggi MSG dan kolesterolnya dan paling banyak lemak tepu trans.

5. Para kafir ni juga menggalakkan kita minum dan makan makanan yang langsung tak berkhasiat , contohnya coke dan maggi . Coke tu sangatlah beracun, pastu sangat tidak bagus untuk kesihatan (gula tinggi, berasid, pH dalam lingkungan 3.5, ada racun tersembunyi) . Dan para Melayu kita juga yang ketagih minum.

6 . Untuk pengetahuan, para kafir agen dajjal ni gak mengwar-warkan kebaikan minum soya (sebab USA merupakan pengeluar soya terbesar), namun sebenarnya soya dapat melemahkan kejantanan lelaki dan mengurangkan kesuburan lelaki dan perempuan. selain itu juga soya dapat meningkatkan risiko kanser payudara, kanser ovari, kanser prostat, serta melemahkan otak dan tulang sbb dalam soya ada hormon estrogen yang sama dgn estrogen kat wani ta. pastu soya ada phytic acd yang membuatkan penyerapan kalsium, magnesium dan zinc yang penting untuk badan kita terjejas.

Secara kesimpulannya para kafir ajen Al-Masih Dajjal ni bukan setakat melemahkan kita dari segi lain namun secara pemakanan kita jua. HATI-HATI kawan-kawan

Lemet @ Tepung Bungkus

Walaupun sudah acap kali aku ikut MY MUM pergi rewang tapi kali ni ada kelainannya. Opssss rewang ni bahasa jawa ok maksudnya gotong-royong sempena majlis kenduri kahwin. Setiap kali ada majlis kahwin je, aku mesti pakat nak pergi masa rewang sebab masa tu banyak kerja.
Pengalaman pertama yang aku nak kongsikan di sini adalah lemet (bahasa jawa), bahasa melayu nya tepung bungkus. Selama ni aku tak pernah buat lemet ni sendiri dalam kuantiti sikit dan apatah lagi kalau kuantiti tu banyak. Alhadulillah aku berpeluang untuk membantu seorang makcik yang berpengalaman dalam menghasilkan kuih-muih radisional ini.
Jadi aku nak kongsikan dengan korang la resepinya. (Lemet dlm kuantiti yang banyak)

11 paket tepung beras cap gajah tiga (gambar gajah ada 3)
12 biji kelapa di parut (ambil santannya)
4 kg gula pasir
200 gram garam halus (anggaran- ikut citarasa korang)
segenggam daun pandan (disimpulkan)
daun pisang (dipotong anggaran lebar sejengkal)


  • masukkan semua tepung beras ke dalam bekas besar.
  • masukkan air masak ke dalam bekas sambil menggaul tepung tersebut sehingga sebati (tidak terlalu cair)
  • panaskan periuk besar, masukkan santan kemudian didihkan sambil di kacau
  • masukkan daun pandan (untuk mendapatkan aroma pandan)
  • masukkan gula dan garam (perasakan untuk mendapatkan rasa yang terbaik)
  • setelah mendidih masukkan bancuhan tepung beras sambil dikacau
  • kacau adunan lemet sehingga hampir masak (sepenuh tenaga).
  • setelah hampir masak, tutup api dan tuangkan adunan lemet ke bekas lain.
  • Bungkus adunan lemet ke dalam daun pisang.
  • panaskan periuk pengukus dan kukuskan adunan lemet sehingga masak (daun pisang telah layu dan isi lemet nampak berkilat.
  • setelah masak, lemet di keluarkan daripada kukusan dan susun secara berdiri ke dalam bekas yang berlubang (aliran udara yang baik).

Tempoyak homemade

Teringin rasanya nak makan tempoyak versi ikan dan udang.Kalau sambal tempoyak saja tak pernah makan.Esok balik kampung terasa la nak buat tempoyak sendiri lagipun tengah musim durian ni. banyak durian luruh tak habis makan.Hehehehe.Balik je esok nak cari durian.

Di sini aku nak kongsi la resepi nak buat durian ni walaupun bukan aku punya resepi. Terima kasih buat kongsi resepi.

Yang wajib ada :
Durian
Garam
Serbuk kunyit (takde pun takpe)


Mula-mula asingkan isi durian daripada biji > masukkan isi durian ke dalam penapis yang bertutup dan biarkan selam 1 jam > Masukkan ke dalam mangkuk dan gaulkan bersama garam dan sebuk kunyit > Simpan dalam bekas kedap udara > masukkan ke dalam plastik dan ikat > Simpan selama 2 atau 3 hari pada suhu bilik > Bila tempoyak menjadi (masam) barulah boleh digunakan untuk masakan.

p/s :
  • jangan gunakan tangan yang tidak berlapik semasa mengasingkan isi durian dikhuatiri tempoyak brkulat.
  • garam adalah bahan perasa untuk tempoyak
  • serbuk kunyit bertujuan sebagai pewarna untuk menjadikan tempoyak lebih menarik
  • penapis digunakan bagi menggurangkan kondisi cecair durian tersebut
  • ikat dalam plastik bertujuan menggelakkan bekas kedap udara daripada meletup
  • jangan penuhkan tempoyak dalam bekas (seeloknya tempoyak hanya separuh daripada bekas) untuk memudahkan proses penapaian.
  • Simpan tempoyak dalam peti sejuk (peti sejuk beku kalau nak gunakan pada masa yg lama)
  • Tempoh temmpoyak untuk menjadi masam bergantung pada suhu dan kualiti durian.

Wah esok da boleh buat tempoyak..bestnya........

First time makan tempoyak bila kawan serumah ku dulu masak ikan kembong masak tempoyak.Almaklum la kawanku ini orang perak, kiranya da sinonim la tempoyak dan perak.
hehehehe

Cerita Kopitiam

Malam semalam kami bersembang sama setelah berminggu-minggu kami tidak lepak sama.
Tempat kerja rakan ku menjadi topik utama. Alhamdulillah dia gembira dengan kerja yang dilakukannya sekarang setelah di perbodohkan dengan tempat kerja lamanya.
Ha nak tau tak apa kerja BFF ku ini....hehehee

Inilah dia tapi bukan ini cafe nya. Cafe kopitiam yang BFF aku keje ni lain namanya tapi ala-ala kopitiam yang ni gak la. Seronok die kate keje kat sini, yang lebih seronok di buatnya bila die bukannya pekerja tapi die merupakan 'share patner pada bekas bosnya dulu......Wah beruntungnya...

Aku ni memang tak pernah masuk kopitiam ni.Nampak pun macam mahal je tu yang tak berani nak masuk....(fikiran lama) apa pun tak boleh.BFF aku ni cakap kopitiam lagi murah sebenarnya berbanding kedai mamak.Ha tu dia gamaknya....Rugi-rugi kalau tak masuk kopitiam ni.

Best bukan kepalang bila BFF aku ni cerita pasal 'bisnes', aku ni bukan boleh cerita pasal 'bisnes' mesti syok je dengar dan teringin ada bisnes sendiri.Ceh...berangan je lebih.
Bila la aku nak ada bisnes sendiri (mood berangan).
BFF aku kata bila ada masa terluang nanti dia nak ajak kami pergi kopitiam dia....
best tu....amin..



Sembang-sembang

Cerita di petang hari..
Tergelak aku bila terdengar cerita karenah anak2 mereka. Alhamdulillah murah rezeki mereka di anugerahkan anak2 yg comel dan lincah.
Anak2 mereka sebaya, jadi cerita mereka seiring, berkongsi kerenah dan telatah anak2 mereka.
Bercerita karenah suami mereka. Apa yg mereka suka dan tak suka.
Beralih pada apa yg mereka minat antaranya aktiviti menanam. Cerita menanam orkid tanah amat disukainya. Terkadang melihat keindahan tanaman orang lain menjadikan diri kita minat akan bidang itu.
Bestnyer .....

Terjebak

Bermula sekadar membaca dr satu blog ke satu blog akhirnya terjumpa blog Dr Azizan Osman dan Alumni dan Bakal Alumni Dr Azizan Osman page.
Memang rasa kelainannya...Aura DAO meresap ke jiwa ini. Alhamdulillah ada ank melayu y hendak membantu menambah nilai HIDUP bangsanya.
Bertempat di The Zon Stulang awl bln November aku nekad menghadiri Klinik Usahawan Jutawan Industri utk menambah ilmu.
Bukan calang2 org rupanya DAO ni...begitu ramai org y dahagakan ilmu ini.Seramai 1600org hadir d klinik usahawan percuma itu.
Teknik daftar klinik usahawan y amat mudah. Hanya daftar 3 nama dan dpt hadirinya dgn percuma.
Begitu ramai org y ada sehingga duduk bersila di handapan pentas.alhamdulillah Semuanya berjalan lancar. Selama 5 jam DAO memberikan input yg amat mudah difahami, komunikasi 2 hala yg di gunakan amat berkesan, pergerakan sepenuhnya di buat. Aku gembira berada di sana.
Gamat Dewan itu dibuatnya.
Sedikit tips yg ingin aku kongsikan :
Sentiasa bersyukur dengan Apa yg diperolehi.
Sentiasa menambah nilai HIDUP org lain
Ubah keadaan HIDUP menjadi lebih sempurna.

It's ME

NowStory it's my blog....

It's me...

Masjid Negeri Shah Alam October 2012

Semalan....Hari Ini....Esok

Semalam adalah kenangan
Hari ini adalah ketentuan
Esok adalah impian


Setiap Apa y kita lakukan mulakan dengan Bismillah

Rancang kehidupan untuk jadikan diri lebih berjaya

Niatkan pada diri untuk sentiasa menambah nilai HIDUP org lain

InsyaAllah semuanya berjalan dgn sempurna

Jam 0707

Kelainan itu y ingin di lakukan.
Alhamdulillah.....
Syukur pada ALLAH kerna memberi keizinan utk HIDUP di muka bumi ini lagi.
Indah di rasa kan saat bangkit dari tidur masih bernyawa lagi....

Amin....