Friday, 14 December 2012 05:37
Bangkok - Hajat Malaysia ke perlawanan akhir Piala AFF Suzuki 2012 tidak kesampaian selepas mereka kalah 2 - 0 kepada Thailand pada separuh akhir kedua di Stadium Supachalasai semalam dan Thailand menang secara agregat 3 - 1.
"Tengok 'Harimau Malaya' di rumah. Walaupun tewas, pasukan kita telah bersungguh-sungguh untuk mengharungi apa jua rintangan," kata Perdana Menteri dalam tweet terbarunya di sini
Penyerang berbisa Thailand, Teerasil Dangda membuka tirai jaringan pada minit ke-60 setelah beliau memanfaatkan hantaran rakan sepasukan sebelum melepaskan rembatan untuk menewaskan penjaga gol skuad kebangsaan, Mohd Farizal Marlias.
Lima minit kemudian, pemain pertahanan Theerathon Butmathan menjaringkan gol kedua untuk skuad 'Changsuk' (Gajah Perang) itu.
Keputusan tersebut menyaksikan pasukan Thailand yang muncul juara pada 1996, 2000 dan 2002 layak ke perlawanan akhir buat kali kelima.
