Di sini aku nak kongsi la resepi nak buat durian ni walaupun bukan aku punya resepi. Terima kasih buat kongsi resepi.
Yang wajib ada :
Durian
Garam
Serbuk kunyit (takde pun takpe)
Mula-mula asingkan isi durian daripada biji > masukkan isi durian ke dalam penapis yang bertutup dan biarkan selam 1 jam > Masukkan ke dalam mangkuk dan gaulkan bersama garam dan sebuk kunyit > Simpan dalam bekas kedap udara > masukkan ke dalam plastik dan ikat > Simpan selama 2 atau 3 hari pada suhu bilik > Bila tempoyak menjadi (masam) barulah boleh digunakan untuk masakan.
p/s :
- jangan gunakan tangan yang tidak berlapik semasa mengasingkan isi durian dikhuatiri tempoyak brkulat.
- garam adalah bahan perasa untuk tempoyak
- serbuk kunyit bertujuan sebagai pewarna untuk menjadikan tempoyak lebih menarik
- penapis digunakan bagi menggurangkan kondisi cecair durian tersebut
- ikat dalam plastik bertujuan menggelakkan bekas kedap udara daripada meletup
- jangan penuhkan tempoyak dalam bekas (seeloknya tempoyak hanya separuh daripada bekas) untuk memudahkan proses penapaian.
- Simpan tempoyak dalam peti sejuk (peti sejuk beku kalau nak gunakan pada masa yg lama)
- Tempoh temmpoyak untuk menjadi masam bergantung pada suhu dan kualiti durian.
Wah esok da boleh buat tempoyak..bestnya........
First time makan tempoyak bila kawan serumah ku dulu masak ikan kembong masak tempoyak.Almaklum la kawanku ini orang perak, kiranya da sinonim la tempoyak dan perak.
hehehehe

