Dividen ASB 2012 - Naik Sikit tapi baguslah ia tetap naik dan tak turun. Masih paling selamat dan better return than fix deposit. Ura ura kata 12% tu mana masuk akal. Apapun boleh update buku pada 2hb Jan 2013 selepas ASB Freezing period (tempoh penggantungan urusniaga) yg bermula 18 Dis 2012 berakhir pada 1 Jan 2012. Jadi boleh ramal yang hari Rabu 2hb Jan 2013 nanti ramai akan beratur update buku. Jadi dibawah adalah keputusannya
DIVIDEN + BONUS ASB 2012
7.75 SEN + 1.15 SEN
= 8.9 SEN / UNIT
Esok reramai la kita mengemaskini dividen dan bonus 2012 yang diperolehi.
Sejarah Dividen + Bonus yang lepas2:
2006: Dividen: Bonus: 7.3% Bonus 1.25%
2007: Dividen: 8% Bonus: 1%
2008: Dividen:7% Bonus: 1.75%
2009: Dividen: 7.3% Bonus: 1.25%
2010: Dividen: 7.5% Bonus: 1.25%
2011: Dividen: 7.65% Bonus: 1.15%